Zarul, Saiful dan Iskandar menunggu dengan sabar di astaka. Baju batik biru dan seluar slack hitam lengkap di tubuh masing – masing. Hari ini, Ustaz Zeiree yang bertugas dan tidak berpakaian lengkap bermaksud tiada outing.
“Apsal lambat gila Sha ngan Rara ni? Nak letak berapa kilo bedak baru puas hati?” Getus Iskandar. Saiful tersenyum.
“Macam kau tak pernah lambat…” Ujar Saiful. Zarul menggeleng dengan gelagat dua orang sahabat karibnya itu.
“Hi…lama tunggu?” Tegur Sharina bersama Raihan di tepinya.
“Haa…dah berjanggut kitorang tunggu!” Ujar Iskandar.
“Sorry…” Ujar Sharina panjang, mengajuk Iskandar.
“Dah ar tu, jom pergi sekarang…” Ujar Zarul sambil berdiri dan melangkah ke arah pondok pengawal untuk menghantar kad outingnya. Mereka berlima sama – sama berjalan ke arah pondok pengawal.
“Kau dah call teksi belum?” Soal Saiful, Raihan mengangguk. Selepas kelima –
“Sha, HKS ke Arena dulu? Aku nak beli but bola ni…” Soal Iskandar. Sharina memandang Raihan.
“Kita pergi Pustaka Sri Intan dulu, nak beli barang untuk hari guru nanti.” Ujar Raihan. Iskandar mengangguk. Teksi yang telah ditempah tiba, pada masa yang sama, Zarul menyimpan baju batiknya ke dalam beg. Baju t dengan gambar Metallica, …And Justice For All membaluti tubuhnya.
“Ai Zeck…karang PKP report kang?” Ujar Saiful, bergurau. Raihan ketawa kecil.
“Mana – manalah…” Ujar Zarul sebelum melangkah masuk ke dalam teksi tersebut.
*****
Suasana di astaka itu sunyi, walaupun kucing – kucing dewan makan, dan burung – burung liar rancak menyanyikan lagu masing – masing. Dua pasang mata itu dalam merenung satu sama lain. Tiada benda lain di dalam fikiran masing – masing kecuali wajah di depan mereka.
“I called you here…so I will talk first.” Ujar Zarul, Janice mengangguk lemah.
“Ever since that night, where I fell on you…” Zarul menelan air liur. “I’ve been thinking a lot, about you.” Pipi Janice merona merah. Suasana di astaka kembali dipenuhi kesunyian.
“Me too…” Ujar Janice perlahan. Debaran di dada Zarul makin kencang.
“I…the reason I called you here…is…ermm…I…” sekali lagi Zarul menelan air liur. “I…from that day…I…I…”
“It’s okay…I felt the same way too.” Janice memotong.
“I love you!” Ucap Janice lembut. Mata Zarul bulat, namun tetap sempat melepaskan keluhan lega. Bibirnya mengukir senyuman.
“I love you!” Ujar Zarul. Kakinya melangkah ke arah Janice. Janice juga sama, berbuat demikian.
“Oh Zarul…” Ujar Janice.
“Janice…” Ujar Zarul pula. Kaki masing – masing masih lagi melangkah perlahan.
“Zarul…” “Janice…” “Zeck…” “Janice…” “Zeck…” “Janice…”
“ZECK!!!” Mata Zarul bulat. Wajah Saiful tersembul di depannya.
“Call! Dah berapa lama aku kejut kau! Kau ni tidur mati ke pekak!” Laung Saiful. Lagu ‘Weird’ masih lagi bermain di telefon bimbitnya. Janice; nama itu terpapar di skrin telefonnya. Sepantas kilat, Zarul menyambar telefonnya dan bergegas ke tandas di sebelah biliknya. Saiful menggeleng.
Zarul menutup pintu tandas itu sebelum melabuhkan punggunya ke atas mangkuk tandas di belakangnya. Butang hijau ditekan.
“Hello?” Sapa Zarul.
“Hi…it’s Janice…” Jawab Janice lembut.
“Aku tahu…apehal? Dah pukul 12 ni…” Soal Zarul.
“Nothing much…I’m on my bed now…I figured out that maybe I should give you a call. Emmm…I’m bored, and NERVOUS!” Ujar Janice. Zarul tersenyum sendiri.
“Nervous? Come on…it won’t be that bad…” Ujar Zarul dengan nada memujuk.
“What if it will…well, debate and public speaking are two different things. I don’t get people arguing my statements while I’m in public speaking. But they will in debate, I’m afraid that I will be stone shut by the p.o.i…” Ujar Janice perlahan.
“Nak dengar cerita?” Soal Zarul.
“About what?” Soal Janice kembali.
“About a boy that once participated in debate. He was so nervous for his first motion that his knees were trembling. He forgot his arguments, he didn’t answer the p.o.i, he even shouted in the debate…” Ujar Zarul, Janice ketawa kecil. “But still, he continues debating like nothing happened. He faced the opposition like they’re the one who was wrong.” Tambah Zarul lagi.
“Did he win? Did the team win?” Soal Janice ingin tahu.
“Mestilah tak!” Jawab Zarul pantas. Kedua mereka ketawa. “Siap kena marah ngan Sir Faezan lagi.” Sambung Zarul.
“Poor him…” Ujar Janice perlahan.
“Apsal pulak?” Soal Zarul.
“He tried hard…” Jawab Janice. “Then you should too…” Potong Zarul pantas. Janice terdiam. Suasana senyap seketika.
“I will…thank you…” ujar Janice. Zarul menarik nafas dalam.
“Write your arguments well, in case you forgot them during the debate…” Zarul memberi nasihat.
“Emmm…” Jawab Janice, manja membuatkan jiwa Zarul bergetar.
“Errr…kau buat apa hari ni?” Soal Zarul ingin mengalihkan topik perbualan.
“My family came and we went out to KT…” Jawab Janice. “I saw you in front of Arena.” Sambung Janice. Zarul tersentak.
“And?” soal Zarul, berlagak tenang.
“You were smoking…” Jawab Janice. Zarul terdiam. Aku dah agak dah!!! Getus hatinya.
“But you looked cool!!!” Sambung Janice. Ketawa kecil kedengaran.
“Was I?” Soal Zarul, cuba mengawal dirinya yang gelabah.
“Yes…well, KIND OF…” Jawab Janice.
“Hahaha…ingatkan kau nak nasihatkan aku suruh stop ke, ape ke tadi…” Ujar Zarul.
“I would…but you won’t listen to me…right?” Soal Janice.
“Who knows? Maybe I will?” Soal Zarul, mematikan soalan Janice.
“Well…If, I said if…you do follow my advice…” Janice menggantung ayatnya.
“Ha?” Soal Zarul, inginkan kesudahan kepada soalan Janice.
“Arr…nothing! Scratch that! I’m going to bed! Bye!” Ujar Janice pantas lalu memutuskan panggilannya. Zarul terkesima.
“WHAT THE FISH?!!!” Laung Zarul di dalam tandas tersebut.
Janice meletakkan telefon bimbitnya di bawah bantal setelah jam locengnya ditetapkan.
“Will you follow my advice…because you love me too?” Ujar Janice perlahan sebelum memejamkan matanya.
No comments:
Post a Comment