Sunday, August 3, 2008

chapter 7

“Jadi sebab kau langgar dia malam tu lah handycam Sha rosak?” Soal Saiful. Zarul mengangguk.

“Itu yang Sir Faezan cakap. Aku pergi jumpa dia tadi, selepas sembang ’mesra’ dengan Janice tu kat astaka.” Jelas Zarul lagi. Iskandar yang sibuk membaca Utopia berhenti untuk memberi perhatian kepada perbualan Zarul dan Saiful.

“Oooo…patutlah…” Ujar Iskandar

“Patutlah apa?” Soal Zarul ingin tahu.

“Hari tu aku ada sembang dengan Sharina, dia cakap dia bengang gila dengan sorang junior ni. Aku tanya siapa tapi dia tak jawab.” Ujar Iskandar. Zarul mengangguk perlahan. Selepas beberapa ketika berlalu dengan kebisuan. Zarul mengeluarkan telefon bimbitnya. Butang – butang nombor ditekan laju sebelum telefon itu ditekapkan ke telinganya.

“Sha?” soal Saiful. Zarul menggeleng.

“Sir…” ujar Zarul perlahan. “Hello, assalamualaikum sir…I have a favor to ask, about that thing you told me earlier this morning. Are you free now?” Ujar Zarul. Saiful dan Iskandar membisu.

Okay, thank you…I’ll wait for you…at the staffs’ room. 4 o’clock right? Okay, thanks a zillion sir. Assalamualaikum.” Ujar Zarul sebelum menamatkan perbualannya dengan Sir Faezan.

“Epu, Is, outing nak?” soal Zarul. Saiful dan Iskandar saling berpandangan.

*****

“Janice…” panggil Raihan. Janice yang sibuk dengan tugasan matematik tambahannya berpaling. Raihan melambai, mengarah Janice untuk datang kepadanya.

Janice berdiri dan perlahan mengatur langkah ke arah Raihan.

Yes?” soal Janice.

Sir…he wants to see you now.” Ujar Raihan. “Come on…” ujar Raihan sebelum beredar. Janice bergegas ke mejanya, buku teksnya ditutup sebelum dia mengejar Raihan.

What is it about?” soal Janice. Raihan berpaling kepada Janice yang berada di belakangnya.

Sha’s handycam!” ujar Raihan. Wajah Janice serta – merta berubah. Pintu bilik guru lelaki dibuka.

Here she is.” Ujar Raihan. Janice melangkah ke dalam bilik guru tersebut. Matanya menangkap kelibat Sharina di meja Sir Faezan.

Come here, sit…” Ujar Sir Faezan. Bagaikan tidak bernyawa, Janice perlahan berjalan ke arah meja Sir Faezan sebelum duduk di atas kerusi biru di depan meja Sir Faezan. Matanya merenung lantai bilik guru tersebut, tidak mahu menatap wajah Sharina di tepinya.

Janice…look at me…” Ujar Sir Faezan. Janice melakukan apa yang disuruh.

Yes?” Soal Janice. Lehernya bagaikan keras.

That handycam…I got it repaired.” Ujar Sir Faezan tenang. “Now, Sharina…apologize to your little sister. You shouldn’t have hit her the other day.” Ujar Sir Faezan lagi.

“Janice…” Panggil Sharina. Perlahan, Janice berpaling ke arahnya.

“Ya kak?” Soal Janice, tidak berani memandang muka Sharina.

“Pandang kakak…” Arah Sharina. Janice dengan perlahan mengarahkan anak matanya berbuat demikian. Mata Janice bulat setelah melihat mata Sharina yang berkaca.

“Kakak minta maaf sebab kakak tampar Janice hari tu. Kakak menyesal sangat. Janice tak marah kakak kan?” ujar Sharina. Janice menggeleng perlahan, dengan serta – merta, Sharina memeluk Janice. Janice, yang kaget dengan tindakan Sharina itu, menolak Sharina. Sir Faezan dan Raihan terkejut. Mata Sharina bulat memerhatikan Janice yang turut terkejut dengan tindakannya.

“Err…” Tangan Janice menggeletar. I am SO dead! Getus hati kecil Janice. “Kak, saya yang sepatutnya meminta maaf, bukan kakak. I’m really sorry for what I’ve done.” Ujar Janice, Sharina tersenyum dan kembali memeluk Janice, air matanya bercucuran. Fuhh, that was close! Getus hati Janice.

Sha, you’ve learned your lesson…and now, if you may…I have something to talk to Janice.” Ujar Sir Faezan tenang. Sharina mengangguk sebelum beredar meninggalkan bilik guru lelaki dengan handycam kesayangannya. Sir Faezan memandang Raihan yang masih lagi berdiri di tepi mejanya.

That’ll include you too…” Ujar Sir Faezan. Raihan tersenyum malu sebelum beredar meninggalkan bilik guru lelaki itu.

Thank you so much sir…I owe you a big one!” Ujar Janice sambil mengesat air matanya. Sir Faezan tersenyum.

Yep, a BIG one…and don’t think that I’ll let this matter settles unpaid.” Ujar Sir Faezan. Janice berkerut.

What do you mean?” Soal Janice.

I heard…that you’re very good in English, and you participated in public speaking in form 3, right?” Soal Sir Faezan.

Well, answering ‘yes’ would be gloating…ermm…I studied hard, that’s it.” Jawab Janice.

What do you think about participating in debate?” Soal Sir Faezan. Mata Janice bulat.

I’ve got to say…if you refuse, I’ll have you pay me with money.” Ujar Sir Faezan sebelum Janice sempat memberi jawapannya. Janice membisu setelah mendengar kenyataan Sir Faezan tersebut.

Janice?

Well…I can give it a try.” Jawab Janice. Sir Faezan tersenyum.

I’m taking that as a yes. Oh, anyway, practice starts next week. You can ask Raihan about this. She’s our first speaker.” Ujar Sir Faezan. Janice mengangguk perlahan.

Okay, see you in practice then.” Ujar Sir Faezan lagi.

Emm…anyway, thank you very much sir. I’ll remember this forever.” Ujar Janice sebelum berdiri untuk beredar. Langkahnya diatur.

“Janice!” Panggil Sir Faezan, Janice berpaling ke arahnya. Pintu bilik guru yang baru dibuka dibiarkan.

You better do!” Ujar Sir Faezan. Janice tersenyum sebelum meninggalkan bilik guru lelaki tersebut. Belum sempat Sir Faezan menutup buku di atas mejanya, pintu bilik guru itu dibuka kembali. Janice melangkah masuk ke dalam bilik guru lelaki itu.

What now?” Soal Sir Faezan.

I’m just wondering…what did you say to kak Sha? That made her that sorry?” Soal Janice. Sir Faezan mengeluh kecil dan memandang Janice dengan gaya ‘bajet macho’.

Well…they don’t call me counselor for nothing.” Jawab Sir Faezan. Janice mengangguk lalu meninggalkan bilik guru itu. Sir Faezan tersenyum. Beberapa ketika berlalu sebelum pintu bilik guru itu dibuka kembali.

What now?” Soal Sir Faezan, wajah Zarul tersembul dari luar bilik guru. Dengan wajah ingin tahu, Zarul melangkah ke arah meja Sir Faezan.

How was it? She’s in?” soal Zarul ingin tahu. Sir Faezan mengeluh lemah.

Yeah…hehehe…see the leg arr…” Jawab Sir Faezan. Mereka berdua ketawa.

Anyway…what makes you willing to pay for the repair? Do you…have something for her?” Soal Sir Faezan.

Come on sir…I’m not that kind of guy okay? Anyway, I already told you that I should be held responsible for the damage. Didn’t I? So stop thinking nonsense…” Ujar Zarul.

That’s what THEY say…” Ujar Sir Faezan sinis.

Whatever…” Ujar Zarul sebelum meninggalkan bilik guru tersebut.

We’ll see how this ends…” Ujar Sir Faezan sebelum kembali menghadap komputernya, menyambung tugasannya; cd pertandingan nasyid.

No comments: