“Just take it easy okay? Senior tu takkan makan awak punye…” Ujar Syikin,
memberi semangat kepada Janice, satu – satunya pelajar Cina di Sekolah Menengah
Sains Kuala Terengganu. Second intake – memang selalunya menjadi subjek atau
lebih tepat lagi, objek melepaskan geram. Seperti itu juga keadaannya bagi Janice
yang baru sahaja menjejakkan kakinya di SESTER hari ini. Kalau senior, macam
biasalah – untuk mendapatkan superiority, hormat dan paling banyak – lepaskan
tekanan SPM. Dan bagi junior panggilan pertama, sahabat baru panggilan kedua
inilah yang akan dijadikan bahan melepaskan geram kerana apa yang telah mereka
terima daripada senior dulu – minggu orientasi. Walaupun begitu, nasib Janice masih
lagi baik setakat ini kerana mendapat teman sebilik yang baik hati dan peramah –
Syikin.
“But, I’m afraid. I’m not really used to talk in front of people. Besides, I’m not
really good in Malay! ” Ujar Janice, separuh berbisik. Syikin menggelengkan kepala.
Tangan Janice yang putih gebu dipegangnya.
“Nanti, bila awak pergi ke depan untuk bercakap, awak pandang je saya…tak
apa. Saya tak marah, awak tenung je muka saya ni…saya pun tak puas kalau pandang
cermin, so gerenti awak akan tenang punye…dan satu lagi, bedal je! Bukannya dia
nak check tatabahasa kot?” Ujar Syikin dengan wajah serius membuatkan Janice
ketawa kecil. Namun, masih sempat ditangkap telinga Sharina – Penolong Rumah
Beta yang terkenal dengan sifatnya yang tersangatlah annoying.
“Awak! Budak baru
perhatian semasa orang lain perkenalkan diri? Hah?” Ujar Sharina lantang. Wajah
Janice merah serta – merta. Wajahnya dihalakan ke bawah. Takut untuk memandang
wajah Sharina yang menyinga.
“Sekarang awak pula! Keluar cepat dan perkenalkan diri. Nanti nak buat
latihan nasyid pula!” Arah Sharina. Janice berdiri dengan perlahan dan menghitung
langkah ke bahagian depan Bilik Kuliah 3. Kakinya? Seperti anak kucing yang baru
lahir – lemah. Hatinya pula? Hanya Tuhan yang tahu gemuruh yang memenuhi ruang
dadanya.
“Ermm…” Jari – jarinya yang halus dipintal.
“Cakap je la cepat, tak ada orang nak tengok awak tercegat kat situ!” Jerkah
Sharina membuatkan Janice kaget sebentar. Orang ni tak reti sabar ke? Getus hati
kecil Janice.
“My… eh…Nama saya…” Belum sempat Janice menghabiskan ayatnya, pintu
bilik kuliah dibuka. Setiap pasang mata di dalam bilik kuliah itu tertumpu ke pintu.
Dua orang pelajar lelaki baru sampai, seorang tersengih dan yang seorang lagi – tak
peduli, terus sahaja melangkah ke bahagian paling atas di dalam bilik kuliah tersebut.
“Sha…sorry lambat!
Saiful tersengih – sengih. Sharina menggelengkan kepala.
“Tak! Dia cakap dia ada kerja kat sekolah anak dia.” Jawab Sharina sebelum
berpaling ke arah pelajar lain.
“Hah! Bagi pelajar – pelajar second intake, ni abang Saiful. Ketua Rumah
Beta, yang sorang lagi tu abang Zarul. Okey, awak sambung balik!” Arah Sharina.
Janice menganggukkan kepala.
“Ermm…nama saya Janice Khow Mei Lin. Panggil Janice. Ermm…asal
Kelantan, Sekolah Menengah Kamil Pasir Puteh. Er…” Janice memandang Syikin.
‘What else?’ Soal Janice perlahan. Syikin angkat bahu.
“Kelantan tu bukannya kecil…” Ujar Sharina sinis.
“Hah? Ooo…Kelantan tu dekat Pasir Puteh…errr”
“Okeylah tu, cepat balik ke tempat awak! Orang nak buat latihan nasyid
pulak!” Arah Sharina tegas. Bagaikan robot, Janice menurut arahan Sharina.
‘That was so embarassing!’ Bisik Janice. Syikin hanya tersenyum, tidak
berani bersuara. Bimbang nanti akan disembur oleh senior paling dibenci – Sharina.
Suasana senyap sebentar. Sharina pula asyik berbual dengan Saiful – kaki perempuan.
Zarul sudah tidak senang duduk.
“Oi, Sha! Bila nak start nasyid?” Laung Zarul dari belakang. Wajah
Sharina sedikit berubah. Nak kena budak ni. Getus hatinya geram.
“Nanti dulu…conga tak sampai lagi. Azrin baru aje pergi ambil tadi. Tak
sampai lagi.” Jawab Sharina.
“Laa…tak ada conga lagi? Habis? Kenapa tadi sibuk sangat? Kelam – kabut
sangat! Macamlah pertandingan tu malam ni…budak tadi nak cakap pun takut.
Haiyo…” Ujar Zarul sinis. Kali ini, perubahan di wajah Sharina ketara. Pelajar lain
pun sudah mula berbisik – bisik sesama sendiri. Saiful hanya tersenyum. Susah kalau
ada orang yang ignorant ni, jujur sangat! Getus hati kecil Saiful.
Janice berpaling untuk melihat wajah lelaki yang baru sahaja mem’back up’
dirinya.
“Itulah abang Zarul! Pendiam…tapi orang kata dia tu panas baran!” Ujar
Syikin.
“Zarul? Is he nice?” Soal Janice.
“Entah? Saya pun tak pernah tegur dia. Kenapa? Minat ke?” Soal Syikin balik
dengan senyuman yang memang menggelikan tengkuk.
“Hissy, nothing. Just curious! Who knows, maybe…”
“Awak!” Panggil Sharina. Ayat Janice tak sempat dihabiskan.
“Ya kak?” Balas Janice.
“Awak boleh duduk sini kalau mahu, kalau nak keluar pun tak apa…” Ujar
Sharina. Janice mengangguk.
“Awak nak keluar ke?” Soal Syikin pula. “Taknak dengar nasyid ke?”
Sambungnya lagi.
“It’s okay…I still got a lot of work to do. I need to unpack my things, pick a
locker…sorry, maybe next time!” Ujar Janice sebelum mengambil begnya untuk
meninggalkan Bilik Kuliah 3 tersebut.
“Bye…” Syikin melambai perlahan. Janice hanya tersenyum.
Pintu Bilik Kuliah 3 dibuka dan seorang pelajar lelaki keluar sambil
memegang beg galasnya – Zarul. Janice yang sedang mengikat tali kasutnya itu
memandang wajah Zarul yang selamba. Zarul juga begitu, namun tidak lama.
Langkahnya diteruskan.
“Tadi…emmm” Ujar Janice tetapi tersekat setalah Zarul berpaling ke arahnya.
“Hmm?”
“Thank you…” Ujar Janice perlahan. Agak malu untuk mengucapkan
perkataan itu.
“No hal! Aku memang tak suka sangat dengan budak Sharina tu…geli!”
Jawab Zarul sambil membuat reaksi muka yang melucukan sehingga Janice terketawa
kecil.
“Abang Zarul ni…”
“Jap, jap! Aku bukan abang kau…so, no need to panggil aku abang. Lagipun,
kau bukannya suka sangat nak panggil orang ‘abang’
memang tidak suka dirinya dipanggil ‘abang’ oleh junior, kerana dia tahu bukan
semuanya ikhlas melahirkan perkataan ‘abang’ dari mulut masing – masing. Dia
sendiri pun sama juga ketika pertama kali menjejakkan kaki di SESTER.
“Er, apa yang kau nak cakap tadi?” Soal Zarul.
“Forgot! Tak ingat! Hehe, taklah…it’s just that...I thought you were a serious
guy, but…Opsss, it’s not that I think you’re not, but…” Ujar Janice tersekat – sekat.
“Apa dia?”
“You’re quite funny!”
“Heh?!”
“Eh…no no no no no, that’s not what I meant! Maksud saya…”
“Aku tahu…saja nak bergurau. Okeylah, aku ada hal ni…aku gerak dulu…”
Ujar Zarul sebelum menyusun langkah kembali ke kelas. Tugasan Sejarah perlu
disiapkan. Dia tidak mahu berdiri untuk sepanjang tahun, sebagaimana amaran yang
diberikan oleh Cikgu Suparmi.
“Weird guy…” Keluh Janice sambil berjalan meninggalkan Bilik Kuliah 3.
But he’s cool! Getus hati kecil Janice. Tanpa disedari, senyuman terukir dibibirnya.
“Who would ever think that my first day in this school would be this bright?”
Ujar Janice perlahan kepada dirinya sendiri. Sambil kakinya melangkah menuju ke
arah kelasnya, wajah ibunya, Janet menerpa kotak fikiran Janice. Serta – merta,
langkahnya terhenti.
“But…”
No comments:
Post a Comment