Sunday, August 3, 2008

chapter 4

Syikin berlari – lari anak ke arah bilik yang dihuninya – B412. Daun pintu

bilik itu ditolak dengan kuat, mengejutkan Janice yang sedang membaca buku teks

Pendidikan Moral.

Whoa…what’s the rush?” Soal Janice, terkejut dengan Syikin yang tiba – tiba

meluru masuk ke dalam bilik itu bagai dikejar hantu. Earphone di telinganya

ditanggalkan.

“Ada perjumpaan, bilik rehat!” Ujar Syikin termengah – mengah.

So?” Soal Janice masih tidak mengerti.

“Cepatlah pergi…nanti tak pasal – pasal kena marah pulak! Awak tu kan

masih baru lagi? Senior tu memang nak cari salah orang baru macam awak! Cepatlah!

Turun!” Ujar Syikin lagi.

“Ok, ok…I’m coming…” Ujar Janice sambil mengeluh kecil. Banyak masalah

betul, baru ingat nak study. Rungut Janice, namun hanya hatinya sahaja yang

mendengar. Janice dan Syikin segera bergegas ke bilik rehat yang terletak di aras satu.

“Perjumpaan seluruh aspuri ke?” Soal Janice sambil menuruni anak tangga.

Syikin hanya mengangguk.

Why?” Soal Janice lagi.

“Entah? Manalah saya tahu? Kak Sha yang suruh saya panggil awak. Awak

seorang je yang tak tahu lagi. Sebabnya takdelah pulak dia bagitahu…” Jawab Syikin.

Janice dan Syikin melangkah masuk ke dalam bilik rehat tersebut. Keadaan di

dalam itu agak sesak memandangkan kesemua penghuni blok B dan C berada di

dalamnya.

“Kenapa lambat? Tak dengar ke aku panggil tadi?” Soal Sharina sebaik sahaja

wajah Janice menerpa ruang penglihatannya.

Sorry kak, saya dengar radio tadi…tak dengar…” Jawab Janice perlahan.

Pandangan Sharina membuatkan dirinya terasa kecil.

“Tak dengar? Aku menjerit bukan main lagi…kau tak dengar?” Jerkah

Sharina. Janice tersentak.

“Hissy…tak payah marah – marah. Aku pun tak dengar sangat tadi, biarlah.”

Ujar Raihan, Penolong Ketua Pengawas SESTER, merangkap ketua aspuri. Sharina

masih tidak berpuas hati, namun didiamkan sahaja. Malas hendak bertengking lidah

dengan debater sekolah. Raihan berdiri.

“Awak semua tahu tak kenapa kak Sha panggil?” Soal Raihan. Semua

penghuni aspuri di hadapannya menggelengkan kepala. Raihan tersenyum nipis.

“Hari ni ada gotong – royong. Cikgu Wan Nazmah yang suruh. Sebab minggu

depan nazir nak datang. So, kita tak nak orang nampak asrama kita ni kotor…ok?”

“Satu sekolah ke gotong – royong?” Soal salah seorang pelajar di hadapannya.

“Tak…aspuri je. Yang seluruh sekolah mungkin esok. Mungkin…okeylah,

kakak serah kepada kak Sha untuk bahagi tugas.” Ujar Raihan sebelum mengambil

tempat duduknya kembali. Sharina mengambil tempat Raihan.

“Okey, dengar baik – baik. Sebab aku taknak ulang.” Ujar Sharina sebelum

membahagikan tugasan – tugasan kepada semua pelajar aspuri di hadapannya. Pelajar

yang sudah menerima tugasan masing – masing segera keluar daripada bilik rehat

tersebut. Janice dan Syikin juga keluar selepas menerima tugasan mereka. Janice

mengeluh berat.

Of many places in this hostel…why did we get to clean the toilet? And what’s

worse? It is not just one, but two!” Rungut Janice. Syikin hanya tersengih.

“Redha jela…tak payah nak merungut. Bukannya awak boleh tukar pun…”

Ujar Syikin. Mereka berdua berjalan perlahan ke destinasi yang ditujui – tandas aras

empat.

“Kita cuci biasa – biasa ye?” Ujar Janice. Janice tidak mahu menghabiskan

banyak masa dengan membersih tandas, bimbang jadual belajarnya terganggu. Syikin

menggeleng.

“Saya tak kisah. Tapi, lepas kak Sha check…hah, buat semula la jawabnya!”

Ujar Syikin. Janice mengeluh berat. Tandas itu berada di hadapan mereka, dan Janice

masih lagi menggaru kepala dengan mulut yang dimuncungkan.

“Hissyy…dah la tu, jangan nak jadi budak – budak. Sekarang, jom kita

kerjakan tandas ni! Serang!” Ujar Syikin sambil meluru masuk ke dalam tandas itu.

Janice ketawa kecil dengan kelakuan Syikin, teman sebilik yang sentiasa cuba untuk

menceriakannya ketika masalah menimpa.

Wait! Enemy’s approaching…” Laung Janice sambil berlari anak ke arah

Syikin yang sudah mula mengumpul sampah – sampah di dalam tandas. Janice turut

membantu. Tugasan itu dilakukan dengan gembira sehinggalah satu suara yang cukup

dikenali kedengaran.

“Syikin! Ooo Syikin! Turut bawah kejap!” Laung Sharina dari bawah –

perkarangan aspuri. Syikin bergegas keluar dari tandas lalu menjenguk dari koridor.

Ada apa kak?” Soal Syikin separuh menjerit.

“Turunlah sekejap! Aku nak cakap sesuatu. Hal nasyid!” Laung Sharina

kembali. Ketika itu, Janice juga keluar dan berdiri di tepi Syikin.

“Tandas ni macam mana?” Soal Syikin lagi.

“Turunlah dulu…tandas tu biar Janice yang bersihkan dulu. Lepas siap karang,

kau sambung balik!” Ujar Sharina. Syikin memandang wajah temannya yang nyata

berubah.

“Awak bersihkan dulu ye? Lepas ni saya naik balik…ok?” Ujar Syikin. Janice

mengangguk, dengan muncung yang ditarik panjang.

Ala bucuk – bucuk…jangan la buat muka macam tu…nanti saya naik balik.

Bye!” Ujar Syikin sebelum meninggalkan Janice. Janice ketawa kecil dengan telatah

sahabat karibnya itu.

“Hah jamban! Siap kau!” Ujar Janice sambil melangkah masuk ke dalam

tandas itu semula.

*****

“Janice…saya minta maaf. Bukannya saya taknak tolong awak tadi, tapi kak

Sha yang tak bagi saya tolong awak. Dia asyik suruh saya tolong dia buat kostum

pasukan nasyid. Saya memang tak sengaja, tapi kak Sha yang…” Ujar Syikin namun

dipotong Janice. Perjalanan ke dewan terhenti.

It’s okay…after all. The toilets are clean now. That’s enough for me, I can do

it all alone…” Ujar Janice. Perkataan ‘alone’ itu sengaja ditarik. Tiba – tiba Syikin

memegang bahunya.

“Janice…awak tak faham! Kak Sha sengaja nak susahkan awak! Faham tak?

Dia memang sengaja…padahal bukannya susah sangat pun nak buat kostum tu. Dia

memang nak awak bersihkan tandas tu seorang diri. Awak tak hairan ke? Bilik lain

dapat satu tempat. B403 cuma cuci laluan masuk aspuri je…tapi kita kena cuci

tandas! Bukan satu, tapi dua! Dan lepas tu kak Sha panggil pulak saya…dia memang

nak torture awak!” Ujar Syikin serius, tiada nada guraun dalam ayatnya kali ini.

Wajah Janice berubah. Nada suara sahabatnya itu nyata menunjukkan yang Syikin

serius.

But…why? What have I done?” Soal Janice perlahan. Syikin menggeleng

perlahan.

“Saya tak tahu…mungkin dia memang racist. Atau mungkin sebab abang

Zarul pernah cover awak dulu.” Ujar Syikin perlahan. Wajah Janice berubah.

She’s his girlfriend?” Soal Janice terkejut. Syikin merenung dalam wajah

Janice.

“Tak…tapi dua orang tu ada history…Ujar Syikin. Perjalanan diteruskan,

perlahan.

What is it?” Soal Janice tidak sabar. Syikin menarik nafas panjang. Jari –

jarinya diramas kuat.

Syikin…what is it?” Soal Janice tidak sabar.

“Orang cerita…” Syikin memulakan hikayatnya.

“Cerita apa?” Soal Janice.

“Abang Zarul dengan kak Sha tu satu sekolah masa menengah rendah

dulu…dan diorang tu couple kat sekolah lama. Dari form one lagi.”

What?!

“Kenapa? Susah nak percaya?”

“Sampai sekarang?” Potong Janice.

“Tak…lepas masuk SESTER. Abang Zarul kena dump sebab kak Sha minat

dengan senior diorang. Tapi…lepas tu kak Sha dapat tahu yang senior tu cuma nak

main – main. So, diorang pun break…” Ujar Syikin. Janice tekun mendengar.

Then?” Soal Janice ingin tahu.

“Kak Sha pun single sampai sekarang…” Ujar Syikin sambil mengeluh

panjang.

“Zarul?” Soal Janice.

“Yang sorang tu saya tak tahu…tapi dengar kata dia tu solo and available!

Bolehlah nak cuba nasib!” Ujar Syikin sambil tersenyum nakal. Janice mengangguk

perlahan.

Weird isn’t it? Guys like Zarul can be dumped by a girl like…Sharina?” Ujar

Janice perlahan. Syikin angkat bahu.

“Pelik…” Gumam Janice sambil mereka berdua melangkah masuk ke dalam

Dewan Nadwah. Tempat duduk dicari dan mereka duduk di penjuru kanan, bahagian

belakang dewan.

Does Sharina…” Janice ingin menyoal Syikin namun ayatnya terhenti sebaik sahaja kelibat Sharina muncul di hadapannya.

“Janice…mari sini jap…” Arah Sharina, lembut. Mata Syikin bulat. Demam ke kak Sha hari ini? Getus hatinya. Janice memandang Syikin sekilas sebelum berdiri dan berjalan mendekati Sharina yang berada di pintu belakang dewan.

“Ya kak?” Soal Janice. Sharina memegang bahu Janice.

“Sibuk tak?” Soal Sharina dengan senyuman, yang membuatkan benak Janice ditumbuhi kehairanan.

“Err…tak…” Jawab Janice pendek.

“Err…boleh tolong kakak tak?” Pinta Sharina. Janice berpaling ke arah Syikin yang turut mendengar perbualan mereka. Mulut Syikin terlopong.

“Janice…?”

“Err…tolong apa kak?” Soal Janice.

“Macam ni…kakak tengah sibuk nak urus pasukan nasyid ni…tapi…kakak tertinggal handycam kakak dalam bilik. Janice boleh tolong pergi ambil tak?” Soal Sharina lembut. Mata Janice bulat.

“Boleh tak? Kakak tak paksa…”

“Err…okey…” Jawab Janice perlahan. Mungkin ini peluang untuk berbaik dengan kak Sha. Gumam Janice dalam hati.

“Terima kasih…ini kunci bilik kakak. Handycam itu ada dalam laci meja kakak, sebelah kanan. Lepas ambil, Janice hantar kepada kakak ya? Kakak akan tunggu di belakang dewan…” Ujar Sharina sebelum berlalu meninggalkan Janice bersama kunci biliknya. Setelah hampir setengah minit merenung kunci tersebut, Janice akhirnya memulakan langkahnya.

“Awak nak pergi ambil ke?” Soal Syikin.

Yup…you don’t have to follow me. It’ll just take a minute.” Ujar Janice sebelum berlalu meninggalkan dewan, dengan fikiran yang masih dipenuhi kehairanan. Maybe she’s not that bad…after all. Getus hati kecil Janice.

No comments: