Sunday, August 3, 2008

chapter 9

“Ye? Tak tahu pulak saya abang Zarul tu pemalu.” Ujar Syikin. Mereka berdua ketawa. Keadaan di dewan mekan pada petang itu agak bising. Masing – masing mempunyai cerita sendiri. Begitu juga dengan Janice dan Syikin. Bibir Janice mengukir senyuman.

Anyway…abang Zarul tu tak berat ke?” Soal Syikin membuatkan pipi Janice merona merah.

“Hissyy…awak ni…ke situ pula.” Ujar Janice malu, Syikin ketawa kecil.

Ada orang duduk kat sini?” Satu suara kedengaran; Sharina.

“Kak Sha! Takde…duduklah…” Ujar Janice sambil tersenyum. Hubungannya dengan Sharina telah berubah arah sejak dari hari itu. Daripada senior garang dan junior penakut kepada adik dan kakak.

“Camne praktis? Okey?” Soal Sharina. Janice tersenyum.

It went greatSir Faezan and Miss Sabrina was very kind…and open!” Jawab Janice.

“Baguslah tu…boleh ar nama kakak naik…selaku mentee debater sekolah!” Ujar Sharina. Mereka bertiga ketawa kecil.

“A’ah, kak Sha!” Ujar Syikin tiba – tiba.

“Apa dia?” soal Sharina, belum sempat menyuap nasi di tangannya.

“Bila keputusan pertandingan nasyid nak keluar?” Soal Syikin, merenung dalam mata Sharina. Janice turut sama berbuat demikian. Sharina mengangguk selepas menyuap nasinya.

“Ahad depan.” Jawab Sharina setelah menelan makanannya.

Hope your team won!” Ujar Janice. Sharina mengangguk. Santapan diteruskan.

*****

Tandas hujung aras 4 itu berkebuk dengan asap rokok tiga ekor jin; Zarul, Saiful dan Iskandar.

”Dah ar tu…dua pam sudah…” Marah Saiful apabila Iskandar cuba untuk menyedut rokok itu untuk kali ketiga. Zarul tersenyum.

Stock dah habis kan?” Soal Zarul. Saiful dan Iskandar menganguk serentak. Zarul menggeleng. “Memang padan ar korang ni…” Ujar Zarul.

“Padan tak padan zeck, kali ni turn kau pulak fly…” Ujar Iskandar. Zarul mengambil rokok yang hampir habis dari tangan Saiful.

“HO!” Jawab Zarul sebelum menyedut dalam rokok tersebut. Pintu tandas dibuka. Wajah Izzuan muncul dari luar, bersama Safuan.

“Terkejut aku…apehal?” Soal Zarul sambil menghulurkan rokok kepada Iskandar.

“Zeck, tolong potong rambut aku boleh? Ustaz Zeiree dah sound aku tadi!” Pinta Safuan. “Aku gak!” Sampuk Izzuan. Zarul memandang Saiful dan Iskandar.

“Boleh…tapi bayar arr…” Jawab Zarul.

“Alamak…ngan member nak berkira…apa – apa la…berapa ringgit?” Soal Safwan.

“Bukan duit…tolong fly untuk aku…pastu baru aku potong.” Jawab Zarul. Saiful dan Iskandar tersenyum.

“Potong ar dulu…” Ujar Izzuan.

“Taknak…fly sekarang, nanti kedai Pak Mat tutup…kitorang dah habis stock ni…” Ujar Zarul sambil mengeluarkan dompetnya.

“Dunhill?” Soal Izzuan.

“20 dua kotak…” Ujar Zarul sambil memberikan 2 not merah kepada Izzuan.

“Baki tu kau beli Utopia!” Laung Iskandar setelah Izzuan dan Safwan beredar. Zarul berpaling ke arahnya. “Nanti aku bayar ar…” Ujar Iskandar. Zarul menggeleng sebelum keluar dari tandas tersebut.

“Masuk periksa ke Utopia tu?” Laung Zarul dari luar.

1 message received

Tulisan itu terpampar pada skrin telefon bimbit Zarul. Zarul mengambil telefon bimbit tersebut sambil meletakkan lighternya ke dalam laci. Nama Janice terpapar di ruangan pengirim.

Thx 4 da meal diz mornin…nxt time, it’ll B my treat, k?

Zarul tersenyum, teringatkan peristiwa di kantin pagi tadi. Janice tertinggal dompetnya dan mee goreng serta fresh orange itu telah dibayar olehnya.

I want mcD, cn’t B othr thn that! HA3’

Balas Zarul. Telefon bimbit itu diletakkan di atas meja, buku nota sejarahnya dibuka. Zarul mencapai pennya di hujung meja sebelum telefon bimbitnya berbunyi.

r u busy? cn I call u?’

Hati Zarul dengan serta – merta berdegup kencang. Apa aku nak buat? Soal hatinya. Telefon bimbit itu diletakkan ke dalam poket sebelum dia bergegas keluar dari biliknya yang dikongsi dengan Saiful dan pendatang haram Iskandar. Zarul mengatur langkah ke tangga.

I dun mind…it’s ur crdt, not mine..:p’

Balas Zarul. Telefon bimbit itu digenggam kemas. Zarul menanti berdebar – debar.

tik tok tik tok

Lagu ‘weird’ dari Butterfingers kedengaran. Zarul menatap telefon bimbitnya.

“Nombor public?” Ujar Zarul hairan. Butang hijau ditekan.

“Janice? Kenapa pakai pulic phone?” Soal Zarul. Senyap.

“HAHAHAHAHAHA…Janice otak kau! Ni Safuan la, Dunhill 20 habis…14 je ada!” Ujar Safuan sebelum menyambung ketawanya. Wajah Zarul bertukar merah, malu dengan tindakannya.

“Err…beli je 14, 3…kalau tak cukup nak beli Utopia tu, kau pakailah duit kau dulu…paham?” Arah Zarul.

“Baiklah sayang…” Ujar Safuan sebelum ketawa besar. Zarul terus menekan butang merah. Tahi punya budak! Getus hati kecil Zarul. Telefonnya sekali lagi berbunyi, namun kali ini sebuah mesej yang sampai.

r u in d middle of a call? i cn call u some other time…’

Janice call tadi? Getus hati Zarul. Jarinya laju membalas mesej tersebut.

‘it’s my fren…’

Jarinya berhenti menaip. Baik aku je yang call! Zarul mendail nombor Janice sebelum butang hijau itu ditekan.

TUT TUT

Hello?” Kedengaran suara lembut dari dalam telefonnya; Janice.

“Aku ni…” Ujar Zarul perlahan dengan hati yang gugup.

I know…why did you call? You made me feel guilty!” Ujar Janice. Zarul tersenyum.

No comments: