Zarul menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Lambat betullah Saiful ni!”
Getus hatinya. Pelajar – pelajar yang lain sudah pun berada di tempat duduk masing –
masing. Di dalam Dewan Nadwah. Malam ini akan diadakan pertandingan nasyid
antara rumah sukan – Beta, Alfa, Sigma, dan Gamma. Zarul masih lagi berdiri di
depan aspura. Menunggu Saiful yang sedang mencari songkoknya. (Pelajar lelaki
diwajibkan memakai songkok)
“Woi…cepatlah…Ustaz Zeiree dah sampai! Kau nak mampus ke?” Laung
Zarul.
“Kejap ar…dah jumpa dah ni!” Balas Saiful sambil berlari ke arah sahabat
baiknya.
“Jom!” Ujar Saiful.
“Kau nak lalu ikut depan kantin ke?” Soal Zarul sambil mereka berdua mula
berjalan.
“Habis?” Soal Saiful kembali.
“Nak mati? Kau tak nampak ke Ustaz Zeiree parking kat situ?” Ujar Zarul.
Saiful merenung ke arah tempat parking yang ditunjukkan oleh Zarul.
“A’ah…tu kereta Ustaz Zeiree…habis?”
“Kita lalu ikut kelas ar…senang! Kalau jumpa cikgu, boleh cakap kita ambil
barang, kat kelas!” Cadang Zarul.
“Habis? Ni bukan ambil barang ke? Aku ambil songkok aku!”
“Tu bukan ambil barang! Tu cuai namanya…songkok sendiri pun boleh tak
ingat letak kat mana! Dah la tu…kita lalu ikut kelas!” Ujar Zarul sambil mereka
berdua mula berlari ke arah kelas – untuk melalui koridor kelas yang menuju terus ke
Dewan Nadwah.
“Wei…jangan lari laju sangat! Kain sampin aku dah nak tercabut ni!” Ujar
Saiful sambil membetulkan sampinnya. Zarul yang berada di depan berpaling.
“Alah…sape suruh kau tak ikat kemas – kema…”
DUP!!
Zarul tersungkur ke atas lantai simen. Saiful segera menghentikan langkahnya.
Seorang pelajar perempuan pula terduduk di atas lantai simen itu – sambil memegang
pergelangan kakinya.
“Er...maaf…aku tak nampak kau tadi…” Zarul
“Er…kau okey tak?” Soal Zarul, bimbang melihatkan keadaan pelajar
perempuan di hadapannya. Macam kenal, getus hatinya sendiri.
“Boleh berdiri tak?” Soal Zarul lagi.
“I’m okay…I think…” Jawab pelajar perempuan itu. Sebaik sahaja mendengar
suara lembut itu, ingatan Zarul mengenai seorang pelajar Cina menerpa kotak
fikirannya. Janice!
“Sorry…aku tak sengaja…” Ujar Zarul lagi.
“It’s okay…it was my fault too…” Ujar Janice sambil
Walaubagaimanapun, oleh sebab kakinya yang tercedera, Janice rebah semula sebaik
sahaja berdiri. Namun, entah bagaimana tangannya sempat mencapai lengan Zarul –
menarik Zarul bersamanya ke lantai.
“Ya Allah!” Ujar Zarul lantang. Terkejut setelah mendapati dirinya berada
betul – betul di atas Janice. Hidung Zarul begitu hampir dengan hidung Janice
sehingga dapat dirasai kehangatan nafas masing – masing. Mata masing – masing
bulat bagaikan bola pimpong setelah menyedari keadaan mereka.
“Oh God…get off! Get…off” Ujar Janice sambil menolak badan Zarul
yang lebih besar darinya ke tepi. Saiful terlopong melihat kejadian itu. Zarul kembali
berdiri sambil membersihkan bajunya yang sedikit berhabuk. Zarul
berlagak selamba walaupun jantungnya sudah hampir jatuh.
“Kau tak…tak apa – apa
lambat!” Ujar Zarul tersekat – sekat sebelum menarik lengan Saiful dan bergegas
menuju ke arah dewan. Janice masih lagi terduduk, sambil tangannya mengurut
pergelangan kakinya. Namun, walaupun kesakitan di pergelangan kaki Janice masih
menyengat, bibirnya mengukir senyuman. Ingatan mengenai peristiwa itu berlegar di
fikirannya, membuatkan Janice ketawa kecil. Namun, tiba – tiba sebuah ingatan lain
pula muncul – Sharina!
“Oh my…” Ujar Janice tiba – tiba sebelum membuka beg galas yang
dibawanya. Sebuah handycam berjenama Sony dikeluarkan. Butang ‘on’ ditekan,
namun tiada respon. Janice menukar bateri asal dengan bateri yang baru – masih tiada
respon.
“My…this is not good…ahhh!” Janice mengeluh berat sambil mengetuk
dahinya.
“Stupid! Idiot!” Janice memarahi dirinya sendiri. Handycam Sharina telah
rosak.
*****
“Gila ah!” Ujar Saiful sebaik sahaja mereka sampai di tempat duduk masing – masing, di dalam Dewan Nadwah. Zarul menekup wajahnya dengan tapak tangan, masih membisu. Saiful menepuk belakang Zarul yang duduk di tepinya.
“Lucky gila kau! Macam mana? Best tak?” Soal Saiful, cuba bergurau untuk menenangkan sahabatnya yang nyata terkesima dengan peristiwa tadi.
“Epu, boleh mintak tolong tak?” Soal Zarul setelah agak lama mendiamkan diri.
“Apa aje…hehehe…” Ujar Saiful seakan hendak menyakat Zarul.
“Apa dia?” Soal Saiful. Zarul berpaling dan merenung dalam mata kawannya itu.
“Tolong senyap, boleh?” Ujar Zarul sebelum kembali menutup mukanya dengan tapak tangan.
“Sekarang dijemput ayahanda pengetua untuk merasmikan pertandingan nasyid antara rumah SESTER bagi tahun 2006, dipersilakan!” Ujar Asyraff selaku pengerusi majlis pada malam itu. Pertandingan bermula.
No comments:
Post a Comment