“Tengok? Bukannya susah sangat pun…lain kali teliti sikit masa nak buat kira
– kira, add – math ni bukannya susah sangat pun. Itulah, masa cikgu ajar, awak tidur.
Bila cikgu bagi latihan, awak tak buat! Sekarang, dah masuk exam pun, soalan
trigonometri yang senang macam ni pun tak tahu nak jawab. Awak ingat sikit, SPM ni
penentu hidup awak. Tahu tak? Awak nak jadi apa kalau result SPM awak teruk? Nak
jual goreng pisang? Besar nanti awak nak tanggung anak bini, macam mana?” Tajam
mata Cikgu Wan Nazmah menikam wajah Zarul. Zarul hanya diam sambil tekun
meneliti setiap inci kasutnya.
“Saya cakap dengan awak ni, pandang muka saya bila saya bercakap!” Marah
Cikgu Wan Nazmah. Sikap pelajar tingkatan
hatinya panas. Apa tidaknya? SPM cuma tinggal 8 bulan sahaja, tapi trigonometri pun
masih tak tahu lagi. Kot, Sek, apa pun tak tahu. Jawapannya ketika exam? Tak tahu.
Cikgu mana yang tak marah? Cikgu Wan Nazmah masih merenung wajah selamba
Zarul. Ignorant!
“Awak tahu tak? Saya bukannya nak perkecilkan subjek lain, tapi kalau awak
nak ponteng kelas Sejarah ke, Pendidikan Islam ke, tak apa. Sebab subjek tu awak
cuma perlu baca dan ingat fakta – fakta yang ada. Tapi, add – math tak boleh buat
macam tu, awak perlu hadiri kelas supaya dapat memahami apa yang diajar. Awak
buat apa sampai tak datang kelas saya untuk bincang kertas ujian semalam? Ikmal
yang dapat A1 pun datang, nak dengar saya mengajar. Kenapa awak ponteng?” Soal
Cikgu Wan Nazmah. Matanya masih tidak lepas daripada menikam wajah Zarul.
“Saya ada kerja semalam.” Jawab Zarul ringkas. Wajahnya masih seperti itu –
selamba.
“Kerja apa yang penting sangat sampai awak kena ponteng kelas saya?” Soal
Cikgu Wan Nazmah lantang. Jawapan Zarul menghangatkan lagi bahang di hatinya.
Budak ni nak main api nampaknya. Getus hati Cikgu Wan Nazmah. Wajah Zarul
sedikit berubah, terkejut dengan reaksi Cikgu Wan Nazmah.
“Saya dah janji dengan kawan nak buat study group, sebab tu saya tak dapat
pergi ke kelas cikgu.” Jawab Zarul. Namun kali ini suaranya tersekat – sekat, bimbang
untuk menerima reaksi Cikgu Wan Nazmah yang sudah jelas kelihatan daripada riak
wajahnya.
“Apa?! Study group? Heh, awak nak tipu pun biarlah logik sikit. Kalau betul
pun, apa sangatlah yang awak dapat daripada study group tu kalau nak dibandingkan
dengan kelas saya? Awak ni kan? Dari dulu lagi saya perasan, awak ni macam tak
suka dengar saya mengajar. Awak tak minat add – math ke? Atau awak tak minat
dengar saya mengajar?” Soal Cikgu Wan Nazmah sinis.
“Emm…” Jawab Zarul ringkas.
“Hah?!” Cikgu Wan Nazmah terkejut besar dengan ‘kejujuran’ seorang remaja
lelaki yang bernama Zarul.
“Saya sebenarnya tak minat duduk dalam kelas tu. Pressure terlampau sangat.
Nak belajar pun susah.” Sambung Zarul.
“Ooo, Tak minat? Habis, kenapa tak tukar kelas je? Senang, saya pun tak
payah nak sakit hati tengok perangai awak!” Balas Cikgu Wan Nazmah geram.
“Memang saya nak tukar pun, tapi saya tak tahu macam mana. Cikgu boleh
tolong tak?” Ujar Zarul, wajahnya kembali selamba. Cikgu Wan Nazmah mengeluh
berat. Lama sangat layan loyar buruk budak ni, nanti tak pasal – pasal kena tahan kat
wad sebab darah tinggi.
“Awak masuk kelaslah…saya dah malas nak layan awak. Kalau pasal nak
tukar kelas tu, awak cakap dengan P.K. HEM…tu pun kalau awak memang betul –
betul seriuslah.” Ujar Cikgu Wan Nazmah lemah.
“Emm! Terima kasih cikgu.” Ujar Zarul sambil tersenyum. Kakinya cepat
melangkah untuk keluar daripada bilik guru perempuan itu – tempat tahi telinganya
dicairkan.
“Zarul! Nanti sekejap!” Panggil Cikgu Wan Nazmah. Langkah Zarul terhenti,
dengan berat hati, Zarul melangkah ke arah Cikgu Wan Nazmah.
“Apa dia cikgu?” Soal Zarul. Cikgu Wan Nazmah merenung dalam mata anak
muda di hadapannya. Suasana senyap seketika.
“Awak nak dapat berapa untuk SPM?” Soal Cikgu Wan Nazmah setelah agak
lama mendiamkan diri. Zarul membilang jarinya.
“5 A.” Jawab Zarul ringkas. Cikgu Wan Nazmah menggeleng sambil
tersenyum sinis.
“Awak pergilah…” Ujar Cikgu Wan Nazmah sambil mengemas mejanya.
“Terima kasih cikgu.” Ujar Zarul riang sebelum melangkah keluar daripada
bilik guru tersebut. Hatinya lega.
“Pergi kelas susah, tak pergi kelas pun susah! Hai…susah…” Keluh Zarul
sambil berjalan menuju ke dewan makan. Saiful dan Iskandar yang turut sama
berjalan hanya menggeleng dengan telatah kawan mereka itu.
“Apa pulak yang susah kalau pergi ke kelas Cikgu Wan Nazmah?” Soal
Iskandar. Langkah Zarul terhenti. Mata sahabat karibnya itu direnung tajam.
“Jiwa aku pulak yang merana!” Jawab Zarul sebelum kembali menyambung
langkahnya. Saiful dan Iskandar ketawa terbahak – bahak dengan jawapan Zarul tadi.
“Cehh…jiwa merana konon! Habis buat apa baru jiwa kau tak merana?
Ponteng?” Duga Saiful.
“Tak…sebab kalau aku ponteng macam semalam, jiwa aku akan merana
keesokan harinya. Tengok je tadi, aku ingat telinga aku dah nak balik kot?” Ujar Zarul
selamba.
“Balik mana?” Soal Iskandar pula.
“Perlu ke aku bagitahu? Adalah tu…tak payah gatal – gatal nak tahu!” Jawab
Zarul. Susah sikit nak bercakap dengan budak sorang ni, susah nak faham! Getus hati
Zarul.
“Kau dah bagitahu Cikgu Wan Nazmah niat kau nak tukar kelas?” Soal Saiful
pula.
“Dah…dia cakap aku kena jumpa HEM. Malas aku nak jumpa Ustaz Zeiree,
karang tak pasal – pasal telinga aku balik!” Jawab Zarul.
“Balik mana?” Soal Iskandar masih tidak puas hati. Sekali lagi Zarul
merenung tajam mata Iskandar.
“Johor!” Jawab Zarul sebelum melangkah masuk ke dalam dewan makan
Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu. Sebaik sahaja melangkah masuk ke
dalam dewan makan tersebut, Zarul berlari anak menuju ke arah almari tempat
pinggan disimpan.
“Zeck, ambil untuk aku jugak!” Laung Saiful. Zarul mengangguk dan
mengambil sekeping lagi pinggan untuk Saiful. Mereka bertiga memasuki barisan
untuk mengambil makanan.
“Mana pinggan aku?” Soal Saiful sambil menghulurkan tangan.
“Ni…” Zarul menghulurkan pinggan tersebut kepada Saiful.
“Aku punya?” Soal Iskandar pula. Zarul dan Saiful saling berpandangan.
“Ambillah sendiri!” Ujar Saiful.
“Tadi tak suruh!” Sambung Zarul. Iskandar hanya menggeleng sambil keluar
dari barisan untuk mengambil pinggan di almari pinggan.
“Petang ni macam mana? Kau nak pergi prep tak?” Soal Zarul.
“Gila kau nak ponteng! Petang ni ada latihan nasyid, bilik kuliah 3!” Jawab
Saiful.
“Pastu? Macamlah kau tak pernah ponteng sebelum ni?” Ujar Zarul.
“Bukan macam tu. Aku dengar Cikgu Hamidah datang hari ni, tak tahulah
betul ke tak. Kalau kau nak ponteng jugak, lantak kau. Tapi yang pasti, aku tak nak
ambik risiko. Bukannya kau tak kenal Cikgu Hamidah!” Ujar Saiful.
“Haiyo…ni yang aku malas ni. Nasyid pulak! Bilik kuliah 3
mengangguk.
“Haiyo…” Zarul mengeluh berat.
3 comments:
ni saje je aku borim2 time lepas SPM dulu...try ar layan...aku xgerenti korang suke...
diingatkan, cerite ni xdde kaitan dgn yang idup, maupun yang dah mati...
first2 ni, ayat agak skema ar, coz dulu igt nk wat btol2 and try bg kt publisher...tp, skrang cam da xleh je..hahaha...
enjoy...nway, kalo ade pe2 komen tu...rajin2 la taip...
kalo korang perasan...susunan ayat2 agak berterabur sket...
ni sebab aku bwat asalnye ngan micword...so copy&paste je masuk lam post...tu yang jd camtu...
ak x sangke ex classrep ak bley tulis novel.lala
Post a Comment