Sunday, August 3, 2008

chapter 14

Badannya dihempap ke atas katil yang dihuninya. Zarul mengeluh berat. Bantal putih di kakinya diambil lalu diletakkan di atas mukanya. Semua perasaan mula bergaul, membuatkan wajahnya terasa hangat. Sedih, marah, malu, kecewa, dan banyak lagi. Wajah ayu Janice tadi menerpa kembali di kotak fikirannya. Begitu juga dengan wajah gadis Cina itu yang merah, dan mata yang bertakung. Bodoh! Ayat apa tadi? Kau ingat ni drama ke apa? Marah hati kecilnya. Zarul bertukar posisi, telefon bimbit yang berada di dalam poketnya dikeluarkan. Setelah menekan beberapa butang, muncul gambar – gambar Janice yang diambil secara curi ketika latihan bahas, dan pada ketika itu juga, nama Janice muncul dengan lambang surat ditepinya. Zarul menekan butang ‘ok’.

Ji’m n0t mad at u’

Zarul menaip laju, membalas mesej dari Janice.

dat’s a relieve…

Selang beberapa ketika, sebuah mesej lagi sampai. Namun kali ini, telefon Zarul terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membukanya. Panjang benar mesejnya! Getus hati Zarul.

zeck, i came 2 diz skool wif quite a heavy feelin at 1st…i've never been in a h0stel b4 s0 i was really2 scared. but then, you happened…0n my 1st day in SESTER…i liked u ever since that day where u’ve backed me up…oh, thx again…it’s true, I really cared ab0ut u…I really2 d0…please 4give me 4 actng dat way at the canteen b4…i cn’t help it…i gotta say, i was quite angry dat u came in dat way…but then, i was happy, too…i saw what u did t0 SAS mag diz morning…dat really meant a l0t to me…it gives me d feeling dat ‘he might like me too’…and dat’s clearly answerd by wut u said earlier 2nite…i guess i still hvn’t done my part rite? zeck…

**SOME TEXT MISSING**’

Some text missing? WHAT THE FISH?!!!” Zarul menjerit kecil. Kepalanya yang tidak gatal digaru. “You’ve got to be kidding me Maxis!” Ujar Zarul sambil menatap mesej tersebut. Tiba – tiba, telefonnya bergetar kuat. Mesej! Getus hatinya. Beberapa butang ditekan untuk membuka mesej yang baru diterimanya.

‘**SOME TEXT MISSING** i love u

Setelah membaca mesej tersebut, jantung Zarul berdegup kencang. Matanya berpinar – pinar. Badannya pula terasa ringan, bagaikan sedang terapung. Satu senyuman puas terukir dibibirnya. Beberapa saat kemudian, Zarul kembali kepada keadaan normal seorang manusia waras. Nombor Janice didail pantas.

TUT TUT

“Zeck…” Kedengaran suara lembut Janice. Zarul tersenyum.

I love you too…

*****

Sir Faezan tersenyum melihat gelagat Izzuan dan Zarul. Masing – masing begitu gembira dengan kemenangan bahas terakhir antara SESTER dan SEMESTI. Raihan bagaimanapun menitiskan air mata kerana SESTER, walaupun dengan 3 kemenangan, tidak mampu untuk memasuki pusingan kalah mati, dek kerana kekalahan kepada SAS pada hari pertama HKSBP dulu.

You were great back then…” Ujar Janice lembut sambil menghulurkan sebotol air mineral kepada Zarul. Izzuan yang berada di sebelah Zarul tersenyum sumbing.

You too!” Ujar Janice, Izzuan tersenyum nakal. Zarul mengetuk perlahan kepala Izzuan dengan botol air mineral ditangannya. Masing – masing ketawa.

“Okey…kita nak makan apa hari ni?” Soal Sir Faezan girang. Semua pembahas Bahasa Inggeris SESTER melompat setelah mendengar suara Sir Faezan.

“Kitorang dah kenyang sir…apa kata kalau kita ramai – ramai pergi mall?Jawab Raihan. Zarul, Izzuan, dan Janice mengangguk setuju. Sir Faezan dan Cik Sabrina saling berpandangan.

“Okey, jom kita pujuk Pak cik Rosdi!” Ujar Sir Faezan. Semua ketawa.

2 comments:

Cinta moCha said...

smp c2 je ke ctenye??
u r very gud at writing dude.
apsl x anta kat publisher je?

dude..nak taw sambungannye!!..
nnt tulis lagi ye?


x sangke ad bakat terpendam menulis.haha

royal legacy and the gang said...

xde idea ag...bg ar cdngan